Penerimaan Jawi: Hubungan di Antara Faktor Demografi dan Tahap Penerimaan Jawi Nor Fadzilah binti Md. Yusof, Wan Hashridz Rizal bin Wan Abu Bakar, Nur Aulia Fahada binti Misaridin, Mohd Khairull bin Abd Ghani

Main Article Content

Nor Fadzilah

Abstract

Tulisan jawi pernah mencapai era kegemilangan pada zaman dahulu. Kini pelbagai usaha giat dijalankan bagi memartabatkan tulisan jawi di Malaysia. Pelbagai pihak mengambil inisiatif dalam mengembalikan penggunaan tulisan jawi dalam sistem pendidikan Negara seperti di sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, papan tanda jalan dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bagi meninjau Penerimaan Jawi; Hubungan Di Antara Faktor Demografi Dan Tahap Penerimaan Jawi. Namun usaha ini mendapat reaksi yang negatif terutamanya oleh kaum bukan melayu. Kajian ini menggunakan kajian berbentuk kuantitatif. Data kajian dikutip menggunakan instrumen soal selidik yang menetapkan faktor demografi sebagai pengukur utama dalam mencapai objektif kajian ini. Berdasarkan tema kajian ini mendapati golongan Ijazah Sarjana iaitu seramai 8 orang menerima tulisan jawi manakala  golongan pekerja swasta iaitu seramai 14 orang menerima tulisan jawi dan golongan  berpendapatan RM 2501.00-RM4850.00 seramai 13 orang menerima tulisan jawi.

Article Details

Section
Articles

References

Ahmad, S., Othman, H., Afkari, R., Rusdi, M., & Rahim, M. H. A. (2012). Cabaran Semasa Tulisan Jawi Sebagai Warisan Masyarakat Peradaban Bangsa Melayu. Journal of Techno Social, 4(2).
Ali, A. R., & Abdullah, B. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi dalam memperkasakan tamadun Islam di Malaysia. Proceedings of ICIC2015-International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, 574–585.
Amin, N. M., & Rahman, N. A. A. (2019). Persepsi Pelajar Melayu UNITEN terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi di Pelbagai Peringkat Pendidikan di Malaysia: Sejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan Pembelajaran Jawi Dapat Dilaksanakan? The Perceptions of Malay Students At UNITEN on The Efforts To Extend Ja. Sains Insani, 4(1), 7–14.
Nahar, N., & Safar, J. (2016, November). Pengajaran Jawi Berkesan Dalam Usaha Memartabatkan Warisan Budaya Bangsa. In Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace.
Nahar, N., & Safar, J. (2017) Jawi Teaching Practice Of Islamic Studies Teachers In Jasin District Primary School, Malacca: A Pilot Study. Man In India, 97(12), 91-99.
Ahmad, S., Othman, H., Afkari, R., Rusdi, M., & Rahim, M. H. A. (2018). Tinjauan Terhadap Cabaran Semasa Tulisan Jawi Sebagai Warisan Masyarakat Peradaban Bangsa Melayu. Journal of Techno Social, 10(1).
Wahab, N. S. A., Lubis, M. A., Mustapha, R., Sjahrony, A., & Febrian, D. (2017). Kefahaman Al-Quran dan jawi melalui permainan bahasa bermultimedia. ASEAN COMPARATIVE EDUCATION RESEARCH JOURNAL ON ISLAM AND CIVILIZATION (ACER-J). eISSN2600-769X, 1(1), 41-53.
Aziz, A. Y. A., Sulong, W. M. W., Khamis, H. M., & Alias, N. (2016). Penyeragaman Sistem Ejaan Jawi di Negara Asean. Jurnal Linguistik, 20(2).